Halaman

Selasa, 20 Disember 2011

Blackberry,,Phone Baru Lagi!!

Alahai Yat...Time cite pasal phone je, mesti gune name Yat kan,,hehee..Tapi nak buat macam mana. sejak Yat keje ni, membuak2 rase nak beli phone. tapi ni bukan setakat beli je, tapi asyik bertukar2. Rasenye masih baru untuk memperkatakan bahawa Yat tukar phone, bulan Mei tahun ni jgk. masa tu beriya nak pkai touch screen, dengan hati yang waja terus beli C6-00. sebab masa tu kononya memang percaya dan taksub kat Nokia je, ekekee..

Tapi.. bila dah keje ni, ada duit, semuanya nak dibeli. Walaupun kadang2 niat je, teringin pun memuncak jugak, tapi jaranglah Yat ikutkan hati sangat. cume bila bab handphone je, Yat jdi lemah. macam handphone tu buat jiwa Yat jadi tenang. Yeke?? hahaaa

Sekarang Yat tak nak dah. Eh, bukan tak nak. Cume rasa boring sket gune touch screen tu. memang cepat lah, tapi dari sudut apa yg kita nak, terus kita boleh tuju dengan hanya sentuh je. sebab kalau phone gune button ni, kena tekan smpi kt tempat yang kita nak tu kan. Tapi dari sudut lain pulak, bila kita sentuh, bukan automatik terus keluar, lambat lah sket. Cewahh, masa nak beli dlu bukan main puji melambung,hahaaa

Ok, sekarang Yat dah aim Blackberry. ingat nak beli yang murah2 je asalkan blackberry. tapi bile difikir semula, apa gunanya beli blackberry yang hanya berkamera 2.0 MP kan. jadiny Yat aim BB Bold II. Tapi harga pulak macam nak hape. Ada kawan nak Yat grab C6-00 tu, tapi Yat ni pulak jenis sayanglah kat barang2 yang Yat dah beli. Yat tak sampai hati nak jual. Bila teringat semula betapa susahnya Yat nak dapatkan semuanya handphone yg Yat dh beli, lagi lah Yat takkan sesekali menjualkannya.

Yat tak tahu nak buat keputusan. BB Bold II vs Nokia C6-00??
Cantik kan?? Huwaaaaa!!

Isnin, 12 Disember 2011

Kedai Rakyat..1Malaysia.

Tgk gambar atas, dah tahu ape yg aku nak ulas kan. Hari ni, aku berpeluang untuk menjengah kedai serbaneka KEDAI RAKYAT..1MALAYSIA. Aku tahu, tak semua tempat ada kedai ni. Sedangkan aku di Muar ni pun baru je dibuka cawangan kedai nie. Gambaran mengenai kedai ni, daripada luar aku tgk macam farmasi je, cermin lutsinar, jadi nampak lah yang dalam tu semua putih je. Pernah tgk kt tv kan macam mana keadaan barang2 berjenama 1Malaysia ni, putih je taw. Kalau tak pernah tgk, aku share kat sini..

Dah nama pun tepung, mestilah putih, huhuu

Kalau marjerin, kuning lah kan,,hehee
Ok, dah tahu? Macam itulah. Barang pun tak banyak lagi, almaklumlah baru dibuka. Tp aku ni dah excited sangat nak pegi survey kedai tu. (Aku ni pun mmg 1 hal, bab merayau memang no1,name pun 1Malaysia kan, haha). Bayangkan, kopi pun takde lagi, mak aii.. Tapi nescafe dan barang2 keperluan asas yang lain dah ade dah, cume kopi peberet Ayah takde jual lagi kt situ. Tapi kebanyakkan brg yang ada rupa macam ni jugaklah. Terbaekkk!! 
Cara mereka nak promosikan barang adalah cara macam ni. Barang berjenama biasa yang kita sedia maklum di pasaran diletakkan bersebelahan dengan barang 1Malaysia. Macam ni.. 
Apa objektif mereka buat macam ni? 1st, mungkin sbb nak bagi pengguna bandingkan sendiri harga barang yang kita biasa guna dengan barang 1Malaysia ni. 2nd, mungkin nak bagi pengguna2 yang bujang ni kenal barang, tak kan biskut marie pun tak kenal weyhh..hahaaa


Tapi cuba kita lihat semula kenapa barang yang ni takde partner die. Bukan ke banyak jenis tepung kt pasaran sekarang ni. Sebab apa? Mungkin sebab ade jenama tepung yang same dengan harga ni. Ala, jenama Tepung Lily yang logo gambar daun warna kuning tu, huhu


Ala, itu jelah aku nak cerita pasal Kedai Serbaneka 1Malaysia ni. Oleh itu, ini kesimpulannya. Resit Kedai Rakyat 1Malaysia di Muar, hehee

Oke, babai kawan!! hahaa

Selasa, 6 Disember 2011

Ketabahan yang Mula Rapuh~

Alhamdulillah~.. Aku dah tgk dulu Ombak Rindu sebelum perkara ini terjadi. sebab ape aku msih kuat masa tu, tanpa menitis walau setitis pun air mata dpd mata ni sbb aku kene kuat. aku tahu aku akan melalui sesuatu yang lebih sedih dpd menempuh OMBAK RINDU tu. Ya Allah, kuatkanlah aku....

Alhamdulillah~.. Aku masih kuat lagi. sehingga ke saat ini belum ade lagi yang menitis. aku tahu aku bukan yang mudah mengalah. Aku cuba menjadi yang lebih tabah,lebih redha.. kerana redha itu IKHLAS kan. tapi aku tak mampu seikhlas itu. Kenapa aku jadi orang yang terakhir berada di hatinya?.......

Alhamdulillah~.. Aku bakal bersuamikan seorang anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, menunaikan amanah Allah menjaga kebajikan adik-adiknya. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Adakah isteri mesti menjadi orang terakhir dalam senarai kepentingan seorang lelaki? Aku tidak tahu apa yang Engkau sedang rancangkan untuk kami. Tapi aku bermohon padamu Ya Allah, tetapkanlah hatiku dan kuatkanlah jodoh kami~...

Ahad, 4 Disember 2011

Ombak Rindu..REDHA itu Ikhlas..PASRAH itu Berserah..


Ptg td, berpeluang tgk Ombak Rindu dgn My BFF, Bley. ceritanya, sedih. tentang pengorbanan seorang isteri. dlm panggung macam nak mengalir gak air mata, tp control..hahaha. mase tgk nie, xdelar dibayangi watak dlm novel sbb aku mmg xpnah bce pun novel berkenaan, huhu.

Hari ahad, sungguh ramai lar org. nak cari parking pun berpusing2. mula2 pegi tmpt dekat, tapi tak boleh masuk langsung. pastu decide pergi Dataran Pahlawan je. itu pun takde parking gak, at last parking je jauh sket, gune kupon. berangan nak msuk yang pkul 2.30, tapi akhirnya pkul 4.10,,sbb aku ni mmg lembap bab parking..hahaaha

Aaron Aziz, biaselah dgn watak romantik tu. Aku tak boleh tahan watak Lisa Surihani,MIA AMILYA,terbeliak2 mata Lisa aku tgk,haha. Jalan pun dh tertonggek2, ngok ngek tol,,hahaa
Pergilah tgk,yang penting jgn nangis,,huhuu
tiket aku dan bley..walaupun x dpt duk sebelah..hahaa

Khamis, 1 Disember 2011

Semoga Berjaya..

hari ni aku berusaha mencari iklan polis bantuan tu kat paper metro. semuanya kerana aku nak sangat egy pergi interview tu. tapi bila tgk iklan tu temuduga hanya di Penang Airport, 3 disember 2011. hmm,macam nak hilang jgk semangat aku. tapi kalo aku hilang semangat, camne pulak dgn egy? eh, aku kene lebih kuat dpd die, die tu pun mengharap aku yg bg semangat pd die.

Temuduga Terbuka Malaysia Airlines di Penang Airport
tapi ade ke interview kt KLIA tu? harap2 ade lah kan. egy pun dah semangat sgt nak pegi sbb kawan2 die dah citer segala kelebihan jdi polis airport ni. haha,ade jgk org tolong menguatkan lagi hujah2 aku. padahal aku rase mase tu aku cume nak sedapkan hati je suh die pegi jgk interview tu,hahahaa

ape2 pun, aku berharap sgt interview tu ade walaupun lewat sikit. kalo aku boleh cuti, aku nak cuti. nak bagi semangat pd egy. die tu kalo aku xde, kang cepat je putus asa. tapi kalo aku xde pun, mungkin mak die ade temankan die. Egy, semoga berjaya interview tu, LOVE U SO MUCH!!

Rabu, 30 November 2011

Simpack Baru!!

aku dah lame gune celcom dan maxis, yang maxis tu mmg paling aku sayang lar kan, jantung hati aku tu.tapi yang simpack celcom yang baru ni(X2) mmg betul2 menjimatkan. bayangkan hanya 28sen utk 10minit kalo celcom-celcom. kalo celcom-operator lain 28sen utk 5 minit. tapi tak kiralah kalo ckap 30saat pun die tolak 28sen jgk.

Sejak beberapa bulan aku gune X2 nie, aku jarang dapat reward point dpd maxis. sbb ape? sbb aku jarang topup lah, topup x smpi Rm30, mne nak dpt point kan. dlu aku slalu topup sebab suke call2, mak aku pun tumpang sekali, jdi mmg byk point.

Tapi skrg aku dh gune X2 utk call2 org, mmg jimat. kalo topup Rm5 pn rase macam dah x larat nak berckap. kalo 30minit x smpi Rm1 pun, best kan. cube maxis-maxis, seminit 36sen, mangkuk ayun. tapi aku tetap jgk gune maxis kan,hahahahaahaaa

#aku sakit hati dgn my hubby, dah bg yg baru, bkn stakat x terima kasih, gune pun x nak, aku ni hidup mmg nak bahagiakan kau je kan..blahhh!!

hari ni facebook saya telah dikecam!!

mungkin salah aku kan. entahlah, di mana aku nak luahkan,aku pun x tahu. aku yang cari nahas. aku kan jual jamu ratu dara tu, jdi jual harga rendah. aku buat macam2, antaranya blog(aku dah delete), page kt fb, group, ape ntah lagi. dalam mase yg same, aku add admin jamu ratu dara.

so, aku post kt wall die ttg promosi yang aku buat. ade lak org sakit hati, report kegiatan aku ni kt admin. jd aku kne kecam lah. pagi td aku dpt 1 msg kt fb dpd admin jamu ratu dara. aku tunjuk kt kak fiza, pastu die terkejut. mungkin die pun x sangka aku akan kene macam ni.

ayat die bermaksud kalo aku teruskan jgk promosi tu, die akan buat report atau kira amik tindakan undang2 lah kan. rse macam nak menangis. tapi ape boleh buat, dah takdir yang aku tak betul2 tak sangka. kang aku jual jelar smua bnda ni kat kak fiza. hmm.. aku x nak jual lagi jamu ni, blacklist woo..

oklah, aku rse macam nak menangis ni, mungkin aku yang salah percaturan kan. sekarang aku relax dan tenangkan diri dulu. nak makan pun rase x lalu dah nie. arghh,,benci!!!!

Selasa, 29 November 2011

Hubby nak pegi interview polis~

ptg tadi, kak fiza bercerita tentang kerja, rumahtangga dan sebagainya. yang aku nak kongsikan di sini adalah tentang kerja yang kak fiza cadangkan utk my hubby, POLIS BANTUAN KLIA...

betul lah tu, mungkin kak fiza pun dapat rase betapa bersungguh2 nya aku carikan kerja untuk Egy. kebetulan her husband pun polis kat sana dan senanglah dapat info. masa kak fiza cakap tu, aku macam khayal. antara yakin atau tidak egy akan pergi temuduga terbuka tu. fikiran aku macam melayang..

bila balik rumah, dengan hati yang dup dap dup dap, call tak berjawab(mungkin tido,keje malam), call his sister pun tak pick up phone. think positive, mungkin semua sibuk.

at last malam ni, call answered. dan aku pun meneruskan niat aku nak memujuk tu dgn cara paling lembut.bila fikir yang aku mmg nak sgt die pegi, smpi menitis air mata nak memujuk. tetibe aku yang kene marah(die mmg tak suke aku nangis). tapi ade aku kisah, yang tetibe kau nak marah aku apesal??
aku terus tekan button end call, hati membara nie.. 10 minutes later, phone still silent. lepas tu berbunyi, die mnta maaf sbb terkasar bahasa. tetibe.....

Egy : U buat ape tu? I dah siap2 nak pegi keje nie..U,interview tu kat mane? brape hari bulan?
Yat : Hooray!! U nak pegi kan. I rase sgt terharu.. Are u serious?
Egy : U ni ngada2 taw. nanti U tanye btl2 pada Fiza tu, then U confirmkan dgn I..
Yat : Ok2, I sgt terharu, I don't know how to say..
Egy : It's ok lar syg.. take care..

harap2 die lepas temuduga tu. aku terlalu berharap, demi mase depan kami, Egy!!

Sabtu, 26 November 2011

Rasa macam nak menjengah Bentong lagi,,huhuu

Berkenaan title di atas, aku rase macam nak buat kje giler lagi, haha. Ok, semalam aku tgk map gune satelit, terasa macam nak view Bentong. Then nampak lar awan berkepul2 kt situ. Ape korang rase? msti sejuk kan, dah lar Bentong tu kat kaki bukit. Em,sejuk lar jgk kalo nak dibandingkan dengan Muar ni. Itu je sebab nape aku suke Bentong, kalo x aku mmg x nk duk sana. Aku tanye Egy, kt sana nak hujan ke? die jawab x lah, biase je.
Bile die balik aku tanye lagi,

Yat : kt dpn umah ade tangki air heh?
Egy : haah..cmne tahu?
Yat : tgk gne google map,satelit..nmpak lar ade benda bulat wrna putih..
Egy : Eh,segi empat lar syg, mne ade bulat.
Yat : ???

Kesimpulannye, xdelah betul sangat satelit google maps ni, patutlah endy pn ckp macam tu, huhuhu

*Semalam my hubby ade cakap pasal orang nak jual handphone kat die, kira orang yang seangkatan dengan die lar kot. then my hubby tanye lar aku nk ke handphone tu. haha,die ingt aku ni mmg keje cop duit ke,wakaka

Jumaat, 25 November 2011

Stok Jamu Ratu Dara

Hai..ptg tadi stok jamu sekotak besar dah sampai. Yat puas hati dengan servis yang sampai sangat cepat, order semalam, hari ni dah sampai. Hebatlah Kak Jaja Stokis JB tu, hehee..

Yang paling best, masa order tu, siap dapat sampel percuma untuk produk baru Beauty Garden Worldwide..Ratu Mirifica untuk pembesaran dan penegangan payudara. Dah semakin maju kan, produk baru. Oklah, lain kali Yat ceritakan dengan lebih lanjut tentang produk baru ni, semestinya berkesan!!

Khamis, 24 November 2011

Jamu Ratu Dara

ok, hari ni saje nk share tentang jamu.. Jamu Ratu Dara aku tahu daripada sorg kawan, Kak Fiza yang keje same2 dgn aku jadi pembantu makmal. Dia mkn jamu ni, orang dah khwin kan, jaga badan, jaga stamina, dia dah ada anak sorang..

Aku pulak tak kahwin lagi, mungkin coming soon lar yang ntah tak tahu bile..huhu.. tapi kalo ikut khasiat jamu ni, sesuai jugak utk anak dara. contohnya yg period x regular, elakkan keputihan dan lain-lain lagi. kalo nak tahu lebih lanjut, boleh refer di sini..Khasiat Jamu Ratu Dara

Rabu, 23 November 2011

tunggu gaji lagi,,hahaa

sudah seminggu perjalanan aku ke Bentong itu berlalu,,hahahaa,,mak mertua,x leh blah...die semakin penyayang,lebih pnyayang daripada dulu, alhamdulillah.. tapi itulah,bila dah penyayang, makin manje pulak, mengada,,hahaa..

oklah,, doakan aku elok2 je nk drive ke Bentong bulan depan sambil melalui jalan2 yg penuh liku tu,,menyeramkan jugak.. tapi xpelah, jalan melalui Bukit Putus lagi teruk kot daripada ke Bentong. Takpe, kali ni mak tahu aku nak pegi, jadi perjalanan lebih direstui,,ngeh,ngeh,ngeh...
Tgk nie..inilah gambar plaza tol highway karak time lps hujan..

Khamis, 30 Jun 2011

Akhirnya,,hujung bulan Jun..

akhirnya habis jugak bulan jun. interview yg dah macam2 aku pergi tu semuanya sia2 belaka. adakah perlu bersedih? NO!! Itu namanya pengalaman. mungkin semuanya x dapat sebab aku kurang pengalaman pergi interview. Then skrg aku semakin bersedia utk pergi mne2 je. hope smuanya akan berjalan lancar & semoga temuduga cikgu tu aku berjaya. Amin..

Selasa, 3 Mei 2011

Pergilah Kau Nokia C6..

Minggu lpas,aku pergi survey handset baru,memandangkan handset aku pn dah lame jadi arwah. Aku aim Nokia Express Music 5800 je, around Rm600++ jgk lar. Then sampai kedai tu, tauke tu offer C6,bkn AP set lak tu. Aku pun terpedaya,then die bagi memory 2GB. Aku bodek2, dapat lar 8GB. Tapi bile aku kira2 balik perbelanjaan aku bulan nie,aku lak nk g interview kt JB, of course duit lg. Bulan depan gaji aku pun x seberapa sebab bos dah kurangkan overtime. So,aku kene fikir semua tu. Dh nk kahwin beb,simpan duit,,hahaa

Egy lak bsing2 ckp npe aku beli handset mahal sgt. Nanti ade emergency, nk guna ape. Aku pn diam je. Pdahal aku dah janji nk g jmpe mak die bln nie, boleh lak aku lupekan je bnda tu. Ah,biar jelah C6 tu, lain kali aku boleh bli jgk kn, bkn mahal sgt pn,hehee.. so,utk egy, jgn risau yaa,sye x bli pn handset tu.

Utk deposit yg aku dh bg kt member aku tu, aku ingt nk tukar bnda lain je. Aku nk bli memory card 2GB n ingt nk blikan handset utk mak sempena Hari Ibu nie. Wah,nk bli hndset apa agknye kn. Lgpn hjg bln nie bday Maisarah & Ahza,ape yg ptut aku bli utk mereka ye?,,hehee

Love U So Much Egy!!
Inilah niat lain aku ke Kuala Lumpur International Book Fair 2011..
aku ajak2 ayam je,die yg dtg,aku x tahu,,hahaa..btw,tQ my love!! 

Rabu, 27 April 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011,PWTC..

Utk tahun nie, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke sana. Tahun2 sebelum nie, nk pegi jgk. Tapi belum keje kn, duit pn takde. Aku pn matikan je niat tu. Jadinye kali nie, aku sungguh2 nk pegi. Mood mase tu, apa agaknye yang best di pesta buku tu. Tgk org lain mcm  excited gilerr jep.
Aku pn dengan rase confidentnye,,pegi lar ke PWTC tu sorang2. Aku sampai lebih kurang pkul 2ptg, hakikatnya x tahu jalan pun, tapi follow je orang yang ramai2 jalan kaki tu dpd LRT PWTC. Tibe2,hujan pun turun dengan lebatnya. Nasib baik mase tu aku dah menapak masuk dalam PWTC. Kalau x, of course basah kuyup lar.

Melalui pintu utama, aku terus ke Dewan Tun Razak, ada penerbit Dawama. Niat hati, nak beli Majalah Dewan Masyarakat thn lepas sbb nk tgk isu2 utama tahun lepas memandangkan aku nk STPM tahun nie. Tapi dah habislah. Aku cuma dapat beberapa naskah majalah dewan masyarakat je dengan harga RM1 senaskah. Lain2, ada kamus dewan dengan less 50% dan novel2 dawama lar(sangat straight kalo novel terbitan dawama nie).

Masuk ke pintu lain, ada penerbit Karangkraf. Ramai lar jugak penulis2 novel ada kt situ utk sesi autograph n fotografi,tapi sorg pn aku x knal,huhuu. Aku masuk dan tgk2 jgk kt situ, mne tahu kalo less byk kn. Tapi hakikatnye, nk ketawa pn ada. Baik beli buku kt kedai mamak je coz less die sgt2 lar sedih. Majalah mingguan wanita harga asal RM3.30. kt situ dapat RM3. Perh,dtg jauh2 dpt less RM0.30?? wahhh,hebat. Kat situ,aku beli lar jgk sket2, nk bwa bekalan balik muar nanti. Then jmpe lar make up artist terkenal Zulfadzli,itu je..
Aku msuk lagi pntu lain, booth ILuvIslam, ade Ana Muslim, asuh,anis n yg lebih kurang mcm tu lar kt situ. Ada gak lain2,,kedai buku Ain Maisarah dan lain2(dah x ingt). Mase nak balik,msih hujan lebat. So, ramai2 lar duduk bersila kt tepi bangunan PWTC tu sambil membaca, berbual, berkenalan. Haha. Tapi serius lar, sangat boring. Ala, aku pegi pn ade niat sampingan. So, aku x lah rase terkilan sgt. Niat sampingan....hahahaa...=p

Jumaat, 22 April 2011

Milpac Sdn Bhd

Setelah habis STPM, aku bercadang utk mncari kerja sambilan. So,aku dapatlah kerja kat 7Eleven. Tapi alahai, takleh tahan lar. Ayah tu bising je,7Eleven kan macam bahaya sikit, kerja pn 2 org je 1 shift. Nak dipendekkan cerita. Aku kerja sehari je..hahahhaa

Then, aku pn contact Tajol(Khair),, dan mngatakan bahawa aku ni dah berhenti kerja. Reaksi beliau, of course terkejut. Die pn offer mnta keja kt tmpt die keje mse tu, di MILPAC SDN BHD,Kawasan Perindustrian Bukit Bakri(*nanti aku upload gambar). So,dgn adanya die,aku dgn mudah je dpt keje kt situ. Mulalah perjalanan hidup aku di sana,12jam sehari. Tak lame lpas tu, Tajol berhenti keje. Mase 2 aku rse slow sket r sbb aku mmg harapkan die je mse 2,aku x ramai kawan lagi.

Sebulan lpas tu, aku dapat jadi kerani kat kilang otak2 Octhavia,Jalan Bentayan. Tapi hakikatnya aku kene tipu kot. Sampai sna, aku bkn jdi kerani,tapi jadi operator. 1st,pagi2 kene siang ikan,cuci ikan,potong ikan..pastu,bungkus,simpan..yang xleh tahan, kene msuk dalam peti beku. Wahh,,sesak dada aku, rase xleh bernafas. Aku x tahu cmne Kakak(Nurul Anizah), boleh tahan sepanjang hari duk dalam tu. Nak dipendekkan cerita lagi, 2 hari je aku keje situ,,wawawaa...

Aku call QA aku(Kak Ain) kt Milpac dulu,,mne tahu boleh msuk balik ke kn. Sbb mse 2 aku bru 3hri x dtg kje. Then bos Milpac pnggil msuk balik the next day. So,bermula pada hari itulah, dan sehingga kini,aku masih di Milpac..dan bertemu dgn seseorang...=p

Sabtu, 16 April 2011

Bersyukur..


Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR: “cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang PALING kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?”

CIKGU: “cikgu,ok kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Selepas petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangannya.. Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: “tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumpit yang PALING cantik tapi cikgu ada cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang bleh saya petik.”

CIKGU: “ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari  lagi yang lebih baik dari itu. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Mahupun mengharapkan sesuatu yang lebih pada masa hadapan. Kita patut menghargai orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Dan yang PALING PENTING.. ingatlah bahawa orang yang PALING menyanyangi kita itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..