Halaman

Isnin, 12 Disember 2011

Kedai Rakyat..1Malaysia.

Tgk gambar atas, dah tahu ape yg aku nak ulas kan. Hari ni, aku berpeluang untuk menjengah kedai serbaneka KEDAI RAKYAT..1MALAYSIA. Aku tahu, tak semua tempat ada kedai ni. Sedangkan aku di Muar ni pun baru je dibuka cawangan kedai nie. Gambaran mengenai kedai ni, daripada luar aku tgk macam farmasi je, cermin lutsinar, jadi nampak lah yang dalam tu semua putih je. Pernah tgk kt tv kan macam mana keadaan barang2 berjenama 1Malaysia ni, putih je taw. Kalau tak pernah tgk, aku share kat sini..

Dah nama pun tepung, mestilah putih, huhuu

Kalau marjerin, kuning lah kan,,hehee
Ok, dah tahu? Macam itulah. Barang pun tak banyak lagi, almaklumlah baru dibuka. Tp aku ni dah excited sangat nak pegi survey kedai tu. (Aku ni pun mmg 1 hal, bab merayau memang no1,name pun 1Malaysia kan, haha). Bayangkan, kopi pun takde lagi, mak aii.. Tapi nescafe dan barang2 keperluan asas yang lain dah ade dah, cume kopi peberet Ayah takde jual lagi kt situ. Tapi kebanyakkan brg yang ada rupa macam ni jugaklah. Terbaekkk!! 
Cara mereka nak promosikan barang adalah cara macam ni. Barang berjenama biasa yang kita sedia maklum di pasaran diletakkan bersebelahan dengan barang 1Malaysia. Macam ni.. 
Apa objektif mereka buat macam ni? 1st, mungkin sbb nak bagi pengguna bandingkan sendiri harga barang yang kita biasa guna dengan barang 1Malaysia ni. 2nd, mungkin nak bagi pengguna2 yang bujang ni kenal barang, tak kan biskut marie pun tak kenal weyhh..hahaaa


Tapi cuba kita lihat semula kenapa barang yang ni takde partner die. Bukan ke banyak jenis tepung kt pasaran sekarang ni. Sebab apa? Mungkin sebab ade jenama tepung yang same dengan harga ni. Ala, jenama Tepung Lily yang logo gambar daun warna kuning tu, huhu


Ala, itu jelah aku nak cerita pasal Kedai Serbaneka 1Malaysia ni. Oleh itu, ini kesimpulannya. Resit Kedai Rakyat 1Malaysia di Muar, hehee

Oke, babai kawan!! hahaa

1 ulasan: