Halaman

Selasa, 20 Disember 2011

Blackberry,,Phone Baru Lagi!!

Alahai Yat...Time cite pasal phone je, mesti gune name Yat kan,,hehee..Tapi nak buat macam mana. sejak Yat keje ni, membuak2 rase nak beli phone. tapi ni bukan setakat beli je, tapi asyik bertukar2. Rasenye masih baru untuk memperkatakan bahawa Yat tukar phone, bulan Mei tahun ni jgk. masa tu beriya nak pkai touch screen, dengan hati yang waja terus beli C6-00. sebab masa tu kononya memang percaya dan taksub kat Nokia je, ekekee..

Tapi.. bila dah keje ni, ada duit, semuanya nak dibeli. Walaupun kadang2 niat je, teringin pun memuncak jugak, tapi jaranglah Yat ikutkan hati sangat. cume bila bab handphone je, Yat jdi lemah. macam handphone tu buat jiwa Yat jadi tenang. Yeke?? hahaaa

Sekarang Yat tak nak dah. Eh, bukan tak nak. Cume rasa boring sket gune touch screen tu. memang cepat lah, tapi dari sudut apa yg kita nak, terus kita boleh tuju dengan hanya sentuh je. sebab kalau phone gune button ni, kena tekan smpi kt tempat yang kita nak tu kan. Tapi dari sudut lain pulak, bila kita sentuh, bukan automatik terus keluar, lambat lah sket. Cewahh, masa nak beli dlu bukan main puji melambung,hahaaa

Ok, sekarang Yat dah aim Blackberry. ingat nak beli yang murah2 je asalkan blackberry. tapi bile difikir semula, apa gunanya beli blackberry yang hanya berkamera 2.0 MP kan. jadiny Yat aim BB Bold II. Tapi harga pulak macam nak hape. Ada kawan nak Yat grab C6-00 tu, tapi Yat ni pulak jenis sayanglah kat barang2 yang Yat dah beli. Yat tak sampai hati nak jual. Bila teringat semula betapa susahnya Yat nak dapatkan semuanya handphone yg Yat dh beli, lagi lah Yat takkan sesekali menjualkannya.

Yat tak tahu nak buat keputusan. BB Bold II vs Nokia C6-00??
Cantik kan?? Huwaaaaa!!

1 ulasan: