Aku mula melihat dunia ini pada pkul 7.30 pagi, 22 Februari 1991, dan waktu dalam 9 bulan dalam kandungan ibu aku , aku xtau apa itu dunia . Angin terasa ditiup dari celah telinga aku dan juga bunyi bunyian yang aku sendiri tidak tahu tiba – tiba aku terdengar suara “oh, tahniah anak awak perempuan”, selepas itu nenek membersihkan badan aku dan setelah dibersihkan aku diletakkan bersebelahan dengan Ibuku dan dia senyum melihat aku. “ bang, nak bagi anak kita ni apa nama?” Tanya Ibuku kepada ayahku. “Apa kata kita letak nama Norhayati".
Setelah itu nama aku pun dimasukkan dalam Sijil Kelahiran , ingin juga aku membantah atau ingin mencadangkan nama yang lebih indah , tetapi apakah dayaku , sedangkan aku terlalu kecil dan gigi pula belum tumbuh . Apa yang aku tahu adalah berpusing – pusing bermain – main di pangkuan Ibuku sambil melihat gelagat orang yang lebih besar dariku, dan aku terfikir , bila masa agaknya aku menjadi Besar seperti Kedua Ibubapaku.
Selepas setahun kemudian , aku merasakan ingin berlari dan berjalan seperti kanak – kanak yang lain . Dalam seharian aku cuba berdiri dan berjalan bermula dengan merangkak tetapi aku tumbang kembali. Dengan semangat cemburu melihat abang2 ku bermain dan berkejaran aku seperti mendapat kekuatan dan aku berdiri dan berjaya memulakan 2 langkah pengerakkan selepas itu aku boleh bermain dengan abang-abang aku.
Masih segar dalam fikiranku apabila umurku mencecah 5 tahun , akua adalah anak yang paling nakal berbanding abang-abangku walaupn aku ni perempuan..mungkin juga disebabkan faktor umur aku dan abang dan adikku adalah 5 thn,aku jdi manja yang keterlaluan. lebih2 lagi adik aku msih bayi ketika itu,sudah tentu aku jdi adik ksyangan abang-abang dan kakak-kakakku..
Dan apabila umurku semakin meningkat , aku telah dihantar ke Tadika iaitu Tadika Kemas Sk Seri Bukit Batu . Teringat kisah mula - mula masuk tadika , aku x byk karenah sbb aku mmg suka berkwan. mcm2 perangai masa tu.. kwn tadika yang masih berhubung denganku..emir,taqiah,sofia,faizah noh..sgguh gembira di kala itu..pengalaman yang x akan jumpa di tempat lain. lain tempat,lain situasinya. Kemudian, aku mnyambung persekolahanku di SK Seri Bukit Batu,hnya di sebelah tadika lamaku.. disebabkan abangku yang agak famous di situ (krna bijak n skema..hahaha),aku pn jdi famous jgk taw..tapi aku pn pndai jugak masa tu walaupn aku x 'skema' coz UPSR aku 4A 1B,cuma nakal sket je..hahaha..smpi skrg,cikgu2 sekolah rendah still ingt aku lgi..antaranya,cikgu muslimah,cikgu hasnah,cikgu,cikgu mohidien,cikgu ainieh dan ramai lagi lah..
6 thn kemudian,aku berpindah ke sekolah bandar..SM(P) Sultan Abu Bakar,Muar adalah sekolah premier yang menawarkan aku melanjutkan pelajaran di sana. memikirkan itu adalah satu peluang yang baik,aku terus meneruskan persekolahan di sana dan tinggal di asrama. 2 thn kemudian,aku rasa tidak selesa bljr di situ. pelajaran ku mula menunjukkan kemorosotan. akhirnya ayah memindahkan aku ke sekolah SMK Tun Dr. Ismail ,Bakriiaitu sekolah yang lebih dekat dgn rumahku. Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) ku tidaklah terlalu mengecewakan keluarga.. tapi x penuh,hnya 6A 2B..aku meneruskan lagi persekolahan di situ..tapi SPM ku tidak dapat ayah banggakan..ckup tidak disangka..entahlah..
Setelah habis Sekolah , aku mencuba mencari pekerjaan dan pekerjaan pertama aku adalah sebagai pmbantu jualan di bakri. seterusnya,aku ingin mencuba nasib di Johor Bahru dan aku mendapat pekerjaan sebagai pembantu jualan di JAKEL. 2 bln selepas itu, aku mndapat tawaran ke Universiti Putra Malaysia(UPM) cawangan Bintulu,Sarawak dlm jurusan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan. tapi tawaran itu mentah2 aku tolak kerana aku fikir belajar di Form 6 di SMK Dato' Sri Amar DiRaja mungkin membawa rezeki kepadaku. sebulan selepas itu,aku mendapat tawaran daripada UiTM Negeri Sembilan dlm jurusan Diploma Sains. tanpa brfikir panjang, aku terus melanjutkan pelajaran di sana. hnya 1 semester,aku rasa ia juga membebankan. akhirnya aku msuk smula ke Form 6 di Maktab Adabi Maharani,Muar. hinggalah sekarang kerana aku yakin di sini lah rezeki ku. skrg,aku bertungkus-lumus utk menempuhi STPM hjg thn 2010..
setelah tamat STPM ku nanti,aku akan mengemaskini smula perihal diriku ini..ingin tahu keputusan STPM ku?? tunggu........