Halaman

Sabtu, 16 April 2011

Bersyukur..


Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR: “cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang PALING kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?”

CIKGU: “cikgu,ok kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Selepas petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangannya.. Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: “tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumpit yang PALING cantik tapi cikgu ada cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang bleh saya petik.”

CIKGU: “ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari  lagi yang lebih baik dari itu. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Mahupun mengharapkan sesuatu yang lebih pada masa hadapan. Kita patut menghargai orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Dan yang PALING PENTING.. ingatlah bahawa orang yang PALING menyanyangi kita itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..

2 ulasan: