Halaman

Selasa, 20 Disember 2011

Blackberry,,Phone Baru Lagi!!

Alahai Yat...Time cite pasal phone je, mesti gune name Yat kan,,hehee..Tapi nak buat macam mana. sejak Yat keje ni, membuak2 rase nak beli phone. tapi ni bukan setakat beli je, tapi asyik bertukar2. Rasenye masih baru untuk memperkatakan bahawa Yat tukar phone, bulan Mei tahun ni jgk. masa tu beriya nak pkai touch screen, dengan hati yang waja terus beli C6-00. sebab masa tu kononya memang percaya dan taksub kat Nokia je, ekekee..

Tapi.. bila dah keje ni, ada duit, semuanya nak dibeli. Walaupun kadang2 niat je, teringin pun memuncak jugak, tapi jaranglah Yat ikutkan hati sangat. cume bila bab handphone je, Yat jdi lemah. macam handphone tu buat jiwa Yat jadi tenang. Yeke?? hahaaa

Sekarang Yat tak nak dah. Eh, bukan tak nak. Cume rasa boring sket gune touch screen tu. memang cepat lah, tapi dari sudut apa yg kita nak, terus kita boleh tuju dengan hanya sentuh je. sebab kalau phone gune button ni, kena tekan smpi kt tempat yang kita nak tu kan. Tapi dari sudut lain pulak, bila kita sentuh, bukan automatik terus keluar, lambat lah sket. Cewahh, masa nak beli dlu bukan main puji melambung,hahaaa

Ok, sekarang Yat dah aim Blackberry. ingat nak beli yang murah2 je asalkan blackberry. tapi bile difikir semula, apa gunanya beli blackberry yang hanya berkamera 2.0 MP kan. jadiny Yat aim BB Bold II. Tapi harga pulak macam nak hape. Ada kawan nak Yat grab C6-00 tu, tapi Yat ni pulak jenis sayanglah kat barang2 yang Yat dah beli. Yat tak sampai hati nak jual. Bila teringat semula betapa susahnya Yat nak dapatkan semuanya handphone yg Yat dh beli, lagi lah Yat takkan sesekali menjualkannya.

Yat tak tahu nak buat keputusan. BB Bold II vs Nokia C6-00??
Cantik kan?? Huwaaaaa!!

Isnin, 12 Disember 2011

Kedai Rakyat..1Malaysia.

Tgk gambar atas, dah tahu ape yg aku nak ulas kan. Hari ni, aku berpeluang untuk menjengah kedai serbaneka KEDAI RAKYAT..1MALAYSIA. Aku tahu, tak semua tempat ada kedai ni. Sedangkan aku di Muar ni pun baru je dibuka cawangan kedai nie. Gambaran mengenai kedai ni, daripada luar aku tgk macam farmasi je, cermin lutsinar, jadi nampak lah yang dalam tu semua putih je. Pernah tgk kt tv kan macam mana keadaan barang2 berjenama 1Malaysia ni, putih je taw. Kalau tak pernah tgk, aku share kat sini..

Dah nama pun tepung, mestilah putih, huhuu

Kalau marjerin, kuning lah kan,,hehee
Ok, dah tahu? Macam itulah. Barang pun tak banyak lagi, almaklumlah baru dibuka. Tp aku ni dah excited sangat nak pegi survey kedai tu. (Aku ni pun mmg 1 hal, bab merayau memang no1,name pun 1Malaysia kan, haha). Bayangkan, kopi pun takde lagi, mak aii.. Tapi nescafe dan barang2 keperluan asas yang lain dah ade dah, cume kopi peberet Ayah takde jual lagi kt situ. Tapi kebanyakkan brg yang ada rupa macam ni jugaklah. Terbaekkk!! 
Cara mereka nak promosikan barang adalah cara macam ni. Barang berjenama biasa yang kita sedia maklum di pasaran diletakkan bersebelahan dengan barang 1Malaysia. Macam ni.. 
Apa objektif mereka buat macam ni? 1st, mungkin sbb nak bagi pengguna bandingkan sendiri harga barang yang kita biasa guna dengan barang 1Malaysia ni. 2nd, mungkin nak bagi pengguna2 yang bujang ni kenal barang, tak kan biskut marie pun tak kenal weyhh..hahaaa


Tapi cuba kita lihat semula kenapa barang yang ni takde partner die. Bukan ke banyak jenis tepung kt pasaran sekarang ni. Sebab apa? Mungkin sebab ade jenama tepung yang same dengan harga ni. Ala, jenama Tepung Lily yang logo gambar daun warna kuning tu, huhu


Ala, itu jelah aku nak cerita pasal Kedai Serbaneka 1Malaysia ni. Oleh itu, ini kesimpulannya. Resit Kedai Rakyat 1Malaysia di Muar, hehee

Oke, babai kawan!! hahaa

Selasa, 6 Disember 2011

Ketabahan yang Mula Rapuh~

Alhamdulillah~.. Aku dah tgk dulu Ombak Rindu sebelum perkara ini terjadi. sebab ape aku msih kuat masa tu, tanpa menitis walau setitis pun air mata dpd mata ni sbb aku kene kuat. aku tahu aku akan melalui sesuatu yang lebih sedih dpd menempuh OMBAK RINDU tu. Ya Allah, kuatkanlah aku....

Alhamdulillah~.. Aku masih kuat lagi. sehingga ke saat ini belum ade lagi yang menitis. aku tahu aku bukan yang mudah mengalah. Aku cuba menjadi yang lebih tabah,lebih redha.. kerana redha itu IKHLAS kan. tapi aku tak mampu seikhlas itu. Kenapa aku jadi orang yang terakhir berada di hatinya?.......

Alhamdulillah~.. Aku bakal bersuamikan seorang anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, menunaikan amanah Allah menjaga kebajikan adik-adiknya. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Adakah isteri mesti menjadi orang terakhir dalam senarai kepentingan seorang lelaki? Aku tidak tahu apa yang Engkau sedang rancangkan untuk kami. Tapi aku bermohon padamu Ya Allah, tetapkanlah hatiku dan kuatkanlah jodoh kami~...

Ahad, 4 Disember 2011

Ombak Rindu..REDHA itu Ikhlas..PASRAH itu Berserah..


Ptg td, berpeluang tgk Ombak Rindu dgn My BFF, Bley. ceritanya, sedih. tentang pengorbanan seorang isteri. dlm panggung macam nak mengalir gak air mata, tp control..hahaha. mase tgk nie, xdelar dibayangi watak dlm novel sbb aku mmg xpnah bce pun novel berkenaan, huhu.

Hari ahad, sungguh ramai lar org. nak cari parking pun berpusing2. mula2 pegi tmpt dekat, tapi tak boleh masuk langsung. pastu decide pergi Dataran Pahlawan je. itu pun takde parking gak, at last parking je jauh sket, gune kupon. berangan nak msuk yang pkul 2.30, tapi akhirnya pkul 4.10,,sbb aku ni mmg lembap bab parking..hahaaha

Aaron Aziz, biaselah dgn watak romantik tu. Aku tak boleh tahan watak Lisa Surihani,MIA AMILYA,terbeliak2 mata Lisa aku tgk,haha. Jalan pun dh tertonggek2, ngok ngek tol,,hahaa
Pergilah tgk,yang penting jgn nangis,,huhuu
tiket aku dan bley..walaupun x dpt duk sebelah..hahaa

Khamis, 1 Disember 2011

Semoga Berjaya..

hari ni aku berusaha mencari iklan polis bantuan tu kat paper metro. semuanya kerana aku nak sangat egy pergi interview tu. tapi bila tgk iklan tu temuduga hanya di Penang Airport, 3 disember 2011. hmm,macam nak hilang jgk semangat aku. tapi kalo aku hilang semangat, camne pulak dgn egy? eh, aku kene lebih kuat dpd die, die tu pun mengharap aku yg bg semangat pd die.

Temuduga Terbuka Malaysia Airlines di Penang Airport
tapi ade ke interview kt KLIA tu? harap2 ade lah kan. egy pun dah semangat sgt nak pegi sbb kawan2 die dah citer segala kelebihan jdi polis airport ni. haha,ade jgk org tolong menguatkan lagi hujah2 aku. padahal aku rase mase tu aku cume nak sedapkan hati je suh die pegi jgk interview tu,hahahaa

ape2 pun, aku berharap sgt interview tu ade walaupun lewat sikit. kalo aku boleh cuti, aku nak cuti. nak bagi semangat pd egy. die tu kalo aku xde, kang cepat je putus asa. tapi kalo aku xde pun, mungkin mak die ade temankan die. Egy, semoga berjaya interview tu, LOVE U SO MUCH!!