Jumaat lepas, buat lagi kerja berbahaya. Nak balik kampung punya pasal, redah highway pukul 4 pagi, (
Seminggu sebelum balik Bentong, aku mmg dah ready dgn segala borang yg nak dihantar ke pejabat agama tu. Borang tu kita boleh dapatkan melalui laman web Jabatan Agama Islam Pahang. Org jauh macam #AbeG, download borang tu mungkin adalah cara paling mudah. Atau cara lain, boleh dapatkan borang di pejabat agama bentong dengan bayaran rm1. Dua2 aku buat. Aku download, mak #AbeG ambil di pejabat agama. Sebabnya, aku isi borang kt muar, snap gambar, whatsapp mak die gmbr tu, mak die salin semula. (
Bermula lah kisah 4 pagi. Terkebil2 mata. Berhenti Subuh kat RnR Seremban. Relax jap. Aku cakap kat #AbeG, kita tak payahlah rushing sgt. Nanti dah penat, blur pulak dah sampai bentong. Pkul 6.30 baru gerak semula, poyo relax konon. Hahaa. Dah masuk highway karak, pandangan kabus pagi je. Aku ni dah lah pantang ada kabus, terus melting. Kalau ikutkan hati, aku belok sikit je, exit genting highlands. Tapi berpijak di bumi yg nyata, ikut niat asal. Nanti tak selesai lagi yg wajib.. ohh tuhan, permudahkanlah segala urusanku..
Pukul 8 lebih, dah sampai bentong, terus jumpa mak #AbeG kat tempat kerja. Uruskan mana yg patut. Tapi ketua kampung, semua takde kat rumah. Try pegi masjid baru, Masjid Sultan Ahmad Shah kot. Apa #AbeG ckap, bukan masuk kepala aku pun. Masa tu fikir, nak cepat siap je. Sampai masjid, orangnya pun takde. Makcik yg kerja kat situ beritahu, cuba cari kat rumah tepi masjid. Kereta die warna merah. Takde jugak. Ok, kecewa.
Dah semua orang takde, mungkin takde rezeki. Pegi kedai mimi keje pulak. Bazaar Kurma ke ape entah. Kat jalan prima 2. Budak perempuan pkai spec, tinggi mcm galah tu adik ipar I ok. Family die mmg gene tinggi2, Hahaa. Borak dengan mimi kejap, sempat jugak capai Jus Delima 3 botol sekali. #AbeG jeling je. Die jeling, aku kenyit, ok diam. Phew phew phew...
Skrg baru fikir, kita belum balik rumah lagi, mesti ayah tengah tunggu. Cepat2 balik. Sah ayah mmg tgh tggu. Hehee. Aku duduk rumah, bukan duduk ok, tapi masak nak mkn tengah hari. #AbeG keluar semula naik motor, pegi selesaikan urusan die meredah cari ketua kampung. Balik2 je, die kata, semua dah selesai, dah submit. Org pejabat agama bentong bagi ni.. sambil hulur 1 slip....
Sabar jelah. Nama abah salah tu abang.. lepas solat jumaat, gigih die pegi semula kat pejabat agama tu. Untuk tukar nama die dan nama abah. Aku tunggu je kat kedai mimi. Kedai mimi dekat je dengan pejabat agama. Boleh terus je balik Muar. Mahunya malam jugak sampaI Muar. Esok #AbeG nak keje lagi. Takpe, at least #AbeG ada pengalaman isi borang permohonan berkahwin. Bukan tak boleh kalau nak minta tolong mak submit, tapi nanti die takde rasa susah senangnya. Walau aku tahu, die penat pegi cari ketua kampung yg tak jumpa2 tu.. tapi die akan cool kalau aku cakap, "nak jadi suami kan, nak jadi ayah?. Jadi suami dan ayah lebih berat daripada apa yg abg buat skrg. InsyaAllah, jika niat kita kerana Allah, Allah mudahkan"...
**pejabat agama, atau pejabat kadi, konpiusss...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan