Halaman

Ahad, 16 November 2014

Kursus Pra-perkahwinan Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Selesai sudah menjalani kursus pra-perkahwinan minggu lepas selama 2 hari. Bayaran adalah RM120. Dah lam aku bayar, masa book tarikh tu. Hari yg sgt padat dengan 12 slot. Fuhh.. selesai dengan jayanya. Tapi mungkin dah nasib aku masa tu, sebelah2 macam2 jenis org, hehee. Bila free nanti, boleh aku upload sebagai kenangan. Huhuu

Tapi aku tak pastilah org yg kursus kat bangunan UMNO muar tu bayar harga berapa. Tgk ramai semacam je. Tapi ok jugak kursus kat masjid ni. Tepi laut, b oleh pegi masjid sekali. Mengimbau kenangan sebelum ni, selalu pergi masjid tu dgn kak haida. Peserta kursus pun ok. Tak ramai sgt. Sesuai lah kalau kita nak tanya apa2 kemusykilan.

Hari pertama, jumaat. Sampai pukul 6 petang. Dasyat kan. Tak pernah aku pegi kursus lama camni. Pergi kursus pembantu makmal pun santai2 je. Hehee. Hari kedua, oklar. 4.30 ptg dah balik. Masa kursus ni, die terangkan umum je. Kalau kita takde basic daripada sekolah agama, terutamanya sekolah agama johor, boleh tahan pening jugak nak faham.

Ok, last but not least, masa ni die ada sertakan sekali borang sama ada kita nak menyertai perkahwinan perdana anjuran pejabat kadi muar ke tak. Tapi, syaratnya, mak aiiii.. Bayaran adalah rm1900. gaji pasangan, rm2500 ke bawah. Mesti ada wali yg sah. Perkahwinan pertama. Pasangan pengantin anak jati muar lebih diutamakan. Jemputan setiap pasangan terhad 50 orang. Segala urusan pernikahan akan diuruskan oleh penganjur. Pengantin cuma bayar rm1900, mas kahwin, serta persalinan. Sebab pelamin 6 pattern, photographer, semua disediakan. Terhad 60 pasangan.. konon nak join, mula2 je dah sangkut. Pasangan luar lokasi, lebihan pendapatan, apa nak buat, tgk dr jauh sajalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan