Halaman

Khamis, 6 November 2014

Tarikh kursus kahwin

Setelah berbulan2 menangguhkan tarikh kursus kahwin, insyaAllah esoklah tarikhnya. Moga terus dipermudahkan. Tak sempat nak dokumentarikan borang permohonan tu, sebab masa tu sgt kelam-kabut. Balik keje, punch pukul 4. Terus bergegas nak ke pejabat agama muar. Org tanya pun dah x sempat nak menoleh. Dengan harapan, janganlah tutup dulu pejabat agama tu.

Sampai2 je kat pejabat agama, tgk board waktu berurusan. 8.30 pg - 4.30 ptg. Tgk jam. Hah, 4.27 ptg!! Harap2 aku cepat mendaki anak2 tangga. Nak ambil borang tu kat tingkat atas. Kat bahagian bawah, ramai org. Itu org dah advance, dah berumahtangga, mungkin ada masalah lah kot. Hehee. Masuk2, kosong. Kt kaunter, belum tulis tutup lagi. Ada harapan lah utk aku.

So, minta borang. Arahan kat situ, masa nak hantar borang, sertakan sekali satu salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berwarna berukuran passport. Die kata, nak hantar skrg pun boleh. Tapi aku x bawa salinan ic, ada gambar je. Die kata takpe, hantar dan bayar dulu pun takpe, kira buat tempahan tempat lah. Pilih tarikh Jumaat & Sabtu. Buat masa ni, sebulan je yg ada jumaat sabtu. Memudahkan kakitangan kerajaan jugak kot. So, tarikh yg paling hampir adalah 7&8 november 2014. Masa tu jugak aku hantar.

Harap dipermudahkanlah urusan esok. #AbeG, aku tak pasti nak hantar borang permohonan kebenaran nikah kat mana. Kat pahang atau di muar. Kalau hantar pahang, HIV test pun perlu di sana. Masa perjalanan pergi dan balik tu jugak perlu diambil kira. Yg serabut kepala aku, mana aku nak cari sijil nikah mak dan abah ni......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan