Isnin, 22 Disember 2014
Design Kad Kahwin..
Geram. Kenapa salah buat keputusan. Pandangan pertama, inilah kad kahwin yang sangat aku dambakan. Tetapi, kenapa? Kenapa ini yg terjadi. Mood nangis laju2. Walaupun majlis aku tidaklah sehebat mana, cukuplah apa yang perlu, tapi nak jugak merasa yg indah2. Stress.
Nak kad yang comel2 vintage style macam ni, boleh lah tengok kat Kad Kahwin Cun.. kad memang terbaik. Org Batu Pahat rasanya. Sebab aku dapat flyers die pun masa pegi wedding fair kat Square One Batu Pahat.
Takpelah, mungkin takde rezeki untuk ini. InsyaAllah, Allah dah atur segalanya yang terbaik. Sekarang ni, macam2 benda rasa nak menyesal. Rasa kurang redha. Rasa tak cukup. Tapi cepat2 ingatkan diri, kita nak apa yang kita suka, tapi Allah beri apa yang kita perlu. Sekian, wassalam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan