Halaman

Ahad, 16 November 2014

Kursus Pra-perkahwinan Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Selesai sudah menjalani kursus pra-perkahwinan minggu lepas selama 2 hari. Bayaran adalah RM120. Dah lam aku bayar, masa book tarikh tu. Hari yg sgt padat dengan 12 slot. Fuhh.. selesai dengan jayanya. Tapi mungkin dah nasib aku masa tu, sebelah2 macam2 jenis org, hehee. Bila free nanti, boleh aku upload sebagai kenangan. Huhuu

Tapi aku tak pastilah org yg kursus kat bangunan UMNO muar tu bayar harga berapa. Tgk ramai semacam je. Tapi ok jugak kursus kat masjid ni. Tepi laut, b oleh pegi masjid sekali. Mengimbau kenangan sebelum ni, selalu pergi masjid tu dgn kak haida. Peserta kursus pun ok. Tak ramai sgt. Sesuai lah kalau kita nak tanya apa2 kemusykilan.

Hari pertama, jumaat. Sampai pukul 6 petang. Dasyat kan. Tak pernah aku pegi kursus lama camni. Pergi kursus pembantu makmal pun santai2 je. Hehee. Hari kedua, oklar. 4.30 ptg dah balik. Masa kursus ni, die terangkan umum je. Kalau kita takde basic daripada sekolah agama, terutamanya sekolah agama johor, boleh tahan pening jugak nak faham.

Ok, last but not least, masa ni die ada sertakan sekali borang sama ada kita nak menyertai perkahwinan perdana anjuran pejabat kadi muar ke tak. Tapi, syaratnya, mak aiiii.. Bayaran adalah rm1900. gaji pasangan, rm2500 ke bawah. Mesti ada wali yg sah. Perkahwinan pertama. Pasangan pengantin anak jati muar lebih diutamakan. Jemputan setiap pasangan terhad 50 orang. Segala urusan pernikahan akan diuruskan oleh penganjur. Pengantin cuma bayar rm1900, mas kahwin, serta persalinan. Sebab pelamin 6 pattern, photographer, semua disediakan. Terhad 60 pasangan.. konon nak join, mula2 je dah sangkut. Pasangan luar lokasi, lebihan pendapatan, apa nak buat, tgk dr jauh sajalah..

Khamis, 6 November 2014

Tarikh kursus kahwin

Setelah berbulan2 menangguhkan tarikh kursus kahwin, insyaAllah esoklah tarikhnya. Moga terus dipermudahkan. Tak sempat nak dokumentarikan borang permohonan tu, sebab masa tu sgt kelam-kabut. Balik keje, punch pukul 4. Terus bergegas nak ke pejabat agama muar. Org tanya pun dah x sempat nak menoleh. Dengan harapan, janganlah tutup dulu pejabat agama tu.

Sampai2 je kat pejabat agama, tgk board waktu berurusan. 8.30 pg - 4.30 ptg. Tgk jam. Hah, 4.27 ptg!! Harap2 aku cepat mendaki anak2 tangga. Nak ambil borang tu kat tingkat atas. Kat bahagian bawah, ramai org. Itu org dah advance, dah berumahtangga, mungkin ada masalah lah kot. Hehee. Masuk2, kosong. Kt kaunter, belum tulis tutup lagi. Ada harapan lah utk aku.

So, minta borang. Arahan kat situ, masa nak hantar borang, sertakan sekali satu salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berwarna berukuran passport. Die kata, nak hantar skrg pun boleh. Tapi aku x bawa salinan ic, ada gambar je. Die kata takpe, hantar dan bayar dulu pun takpe, kira buat tempahan tempat lah. Pilih tarikh Jumaat & Sabtu. Buat masa ni, sebulan je yg ada jumaat sabtu. Memudahkan kakitangan kerajaan jugak kot. So, tarikh yg paling hampir adalah 7&8 november 2014. Masa tu jugak aku hantar.

Harap dipermudahkanlah urusan esok. #AbeG, aku tak pasti nak hantar borang permohonan kebenaran nikah kat mana. Kat pahang atau di muar. Kalau hantar pahang, HIV test pun perlu di sana. Masa perjalanan pergi dan balik tu jugak perlu diambil kira. Yg serabut kepala aku, mana aku nak cari sijil nikah mak dan abah ni......

Rabu, 5 November 2014

Harinya kian hampir..

Terbit fajar, terbenam matahari. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Helaian kalendar terus diselak hari demi hari. Perasaan tidak setenang  biasa. 

mak dah mula bising. Sebab aku tak buat apa2 persiapan langsung walau hari bahagia kian menjengah. Nak buat macam mana mak, yatt kan busy dgn mcm2 keje. Keje hakiki, keje sampingan. Malam pun tak cukup tido. Bab kahwin ni, kita relax dulu boleh? 

Kalau mak dengar ayat aku ni, lagi melangit mak menjerit, heheee. Skrg, kita stop bisnes kejap ok.. Baru semalam pegi kedai kain, beli langsir. Dan semestinya kena jahit sendri. Menjahit? Alhamdulillah,  itu bakat yg Allah kurniakan pd aku. Jgn sia2 kan...

Tapi Allah masih menduga. Baru nak feel wedding sikit, regular customer call. Nak minta jahitkan kain model Kaabah untuk program Lambaian Kaabah adik2 form4.. rasanya apa aku jawab... jawapannya "ya, sy boleh tolong". Tak sanggup rasanya hati ini utk menjawab tidak. adik2 ni nak belajar benda baik, dan last minute kain model tu hilang. Sanggupkah kita berkata tidak?

Takpelah, insyaAllah, siapkan cepat2. Hari jumaat & sabtu ni baru nak pegi kursus kawen. #AbeG dah lama settle, mood die dtg cepat sikit. Kih3. Lepas kursus kawen, boleh pegi HIV test. Lagi beberapa hari, dah boleh isi borang permohonan kebenaran nikah. Tapi nak isi lambat2 boleh? Semua benda nak buat last minute, teruk betul lah.. huhuuu.. doakan yg baik2 saje ye.. moga semuanya berjalan lancar...aminnn..