Halaman

Rabu, 22 April 2015

Pelamin DIY.. Nak jugak update.. ekekeee..

Tajuk di atas? Ya, sudah pasti. kali ni saja nak review pelamin sanding yg dah 2 bulan yg lepas tu. Padahal, sampai sekarang belum bukak lagi. Kih3. Alah, bukan usik org pun pelamin ciyatt tu, biarlah dia teguh di situ. Ada masa nanti, ciyatt dan AbeG bukak lah. Hihiiii.. kudrat sendiri dibantu abah dan abang sebelah rumah untuk buat platform pelamin, maka......

Hasil sendiri? Sudah tentu!!

Mula2, nak tekankan di sini, pelamin DIY bukan semestinya murah, atau nak save budget. DIY hanya kerana Ciyatt nak pelamin baru, tak sama org, dan bila buat sendiri, kainnya boleh recycle. If amik bridal, dpt kain baru ke? Kalau dpt, bernasib baik sgt lah tu. Anda patut sujud syukur.

Inilah pelamin DIY ciyatt. Nama pun DIY, sgt simple. Sungguhpun tidak semegah pelamin bridal yg menjangkau 5 angka, ciyatt tetap bersyukur sb dpt pelamin ni. Warna yg sgt sweet je, plain. Mmg itu impian ciyatt. Cream, dan sentuhan biru yg sgt minima. Bluerkkkk... hahahaaaa

Harganya? Cukuplah sekadar ciyatt kata, berbaloi lah dgn apa yg ciyatt dpt. Walau sgt simple, tapi ciyatt rasa bersyukur, sbb ciyatt mampu menangkis pelbagai halangan utk siapkan. Betapa beratnya kain yg ciyatt guna, berpuluh2 meter. Tgk je mcm tu, tapi hakikatnya, ciyatt dan abah je yg tahu. Setiap 1 bunjut tu, ciyatt perlukan 3 keping kain yg setiap satunya berukuran 3.5 meter = 10.5 meter. Didarabkan pula dengan 3 bunjut = 31.5 meter. Seterusnya ditambah lapisan pertama untuk menutup dinding. Lalu diangkat untuk dipaku bersama.. kayu spin patah!!

Dah menginjak 2 bulan usia perkahwinan ciyatt dan suami, AbeG. Dah berhabuk baru nak update. sampai dah bermula semula musim kahwin kan. Haha. Maklumlah 1 mei ni cuti panjang. Sama lah mcm musim ciyatt kahwin 2 bulan lepas. Mcam pesta kahwin. Hahaaa. Oleh itu, ciyatt rasa nak sewakan kerusi dan bunga pelamin tu lah. Agak2 ada org nak sewa tak? Hihiiii..

* bridal yg buat baju pun dah sewa bunga ciyatt taw!! Heheee
* sewaan 1&2 mei dah out of booking

Meh layan gambar pelamin yg di shoot oleh photographer poyo ciyatt.. Yuzhokage..






* sila double klik pada gambar untuk tatapan yang lebih jelas.

1 ulasan:

  1. salam sis...lau nak sewa backdrop gan awk leh x?... whtsp sya sis 0177660756

    BalasPadam