Halaman

Rabu, 18 Mac 2015

Hari Pertama Berkursus di Kolej Komuniti Ledang.

Assalamualaikum.. Yehaaaa!!!
Panjang betul title hari ni kan.
Amaran sederhana. Sama panjang dengan entri hari ni. Hahaaa.
Hari ni, kita tenangkan fikiran. Menghadiri kursus pembinaan Blogspot.
Entah kenapa aku yang dipilih. Mungkin antara yang terpilih. Huhuu.

Menghadiri kursus kali ini bersama En. Yuzri Hairul a.k.a Yuzhokage.
Terbaiklah kursus kali ini. Tiada mengantuk, tiada boring.
Relax dan santai sahaja, seronok. Heheee
  
Tapi yg memeningkan kepala aku dan Yuzhokage ni apabila
Pn Anita a.k.a Kak Ita, bos kecik aku tu ler..heheee..
Lepas selesai kursus ni, kena buat Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
kepada rakan2 sejawat yang lain.
Hah?? Stress.. Yuzhokage tu lagi lah malas  ngeh3..
 
Kursus hari pertama, dikendalikan oleh Encik Khairul Anwar bin Johari.
Tapi jangan tanya lebih tentang biodata beliau, aku tak tahu. Hahaaa.
Klik jelah kat blog dia, keluar lah kot. Hihiii..
  
Hari pertama, belajar asas je. Saya budak baru belajar.
Dah berapa lama aku tinggalkan zaman blogging.
Update jugak, tapi entri je. Bab widget2 tu, selamat.. Huhuuu
 
Kursus kali ni, bayarannya adalah RM60 untuk seorang selama 2 hari..
Aku datang kursus bersama Yuzhokage, jadi total bayaran adalah RM120.
Dan yang paling aku happy nak golek2 sekarang ni,
yuran adalah ditaja khas oleh Sekolah Menengah Sains Muar..
Wehaaaa!!
  
Masa nak habis kelas untuk hari pertama, aku dpt mcm satu surat lah..
Rupanya itu Takwim Pembelajaran Sepanjang Hayat (e-PSH)
Kolej Komuniti Ledang untuk Bulan Mac dan April 2015.
Sukanya tgk jadual tu. Semua Jumaat dan Sabtu.
Nak tengok jugak? Kita jumpa di entri seterusnya.. hehee..  
 
Sebab jadual tu  belum scan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan