Kita perlu memberi ruang utk diri mngimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan. Pertama : tanya diri apa matlamat untuk memberitahu kisah perkara yang sebenar. Setelah yakin dengan matlamat itu, kita perlu timbangkan pula adakah matlamat ini memberi lebih kebaikan atau keburukan. Jika keputusan memberi banyak kebaikan dari keburukan, maka teruskanlah usaha untuk menceritakan perkara sebenar. Namun jika risikonya lebih tinggi dari kebaikan, maka redhalah dengan menerima seadanya. Hakikatnya kita perlu bersyukur dan berpandangan positif dengan pengorbanan ini.
Semak diri sendiri, apakah yang kita mahu sebenarnya. Menyesali kesalahan dan yang dilakukan dan disertai dengan taubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya adalah lebih baik dari mengungkit-ungkit keburukan yang lalu. Anggaplah semua yang berlaku adalah kejahilan yang dilakukan sebelum mendapat hidayah Allah S.W.T. selepas mendapat hidayah, kita perlulah bersyukur dan memadam semuanya dari pengetahuan orang yang signifikan dalam hidup.
Bina arsertif diri(tegas diri), yang mengarah kepada jati diri yang menjadi perisai daripada segala yang cuba memperdayakan. Keadaan ini akan membantu kita untuk lebih komited, ikhlas dan jujur. Fokuskan diri untuk membina masa depanbukan mengalih pandangan ke belakang dan menyesali masa lalu. Peluang dan kesedaran yang Allah S.W.T anugerahkan merupakan satu nikmat yang sangat berharga. Rancang masa depan dengan lebih berkualiti. Cari kekuatan dan kelebihan diri yang ada.
Hidup ini adalah pengalaman yang mendewasakan setiap manusia. Kematangan manusia dicapai seiring dengan usia. Kematangan akal dan emosi perlu berjalan seiring agar anugerah yang diberikan ini tidak diabaikan hanya untuk memenuhi tuntutan emosi yang sentiasa tidak puas hati pada pengalaman diri.
Oleh itu, bekalkanlah diri dengan iman agar lebih cekal menghadapi kehidupan seterusnya. Yakinlah bahawa manusia yang pelupa ini sentiasa melakukan kesalahan. Sekali bersalah tidak semestinya bersalah untuk selamanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan