Halaman

Jumaat, 22 April 2011

Milpac Sdn Bhd

Setelah habis STPM, aku bercadang utk mncari kerja sambilan. So,aku dapatlah kerja kat 7Eleven. Tapi alahai, takleh tahan lar. Ayah tu bising je,7Eleven kan macam bahaya sikit, kerja pn 2 org je 1 shift. Nak dipendekkan cerita. Aku kerja sehari je..hahahhaa

Then, aku pn contact Tajol(Khair),, dan mngatakan bahawa aku ni dah berhenti kerja. Reaksi beliau, of course terkejut. Die pn offer mnta keja kt tmpt die keje mse tu, di MILPAC SDN BHD,Kawasan Perindustrian Bukit Bakri(*nanti aku upload gambar). So,dgn adanya die,aku dgn mudah je dpt keje kt situ. Mulalah perjalanan hidup aku di sana,12jam sehari. Tak lame lpas tu, Tajol berhenti keje. Mase 2 aku rse slow sket r sbb aku mmg harapkan die je mse 2,aku x ramai kawan lagi.

Sebulan lpas tu, aku dapat jadi kerani kat kilang otak2 Octhavia,Jalan Bentayan. Tapi hakikatnya aku kene tipu kot. Sampai sna, aku bkn jdi kerani,tapi jadi operator. 1st,pagi2 kene siang ikan,cuci ikan,potong ikan..pastu,bungkus,simpan..yang xleh tahan, kene msuk dalam peti beku. Wahh,,sesak dada aku, rase xleh bernafas. Aku x tahu cmne Kakak(Nurul Anizah), boleh tahan sepanjang hari duk dalam tu. Nak dipendekkan cerita lagi, 2 hari je aku keje situ,,wawawaa...

Aku call QA aku(Kak Ain) kt Milpac dulu,,mne tahu boleh msuk balik ke kn. Sbb mse 2 aku bru 3hri x dtg kje. Then bos Milpac pnggil msuk balik the next day. So,bermula pada hari itulah, dan sehingga kini,aku masih di Milpac..dan bertemu dgn seseorang...=p

Sabtu, 16 April 2011

Bersyukur..


Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR: “cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang PALING kita sayang? Macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?”

CIKGU: “cikgu,ok kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Selepas petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangannya.. Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: “tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumpit yang PALING cantik tapi cikgu ada cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang bleh saya petik.”

CIKGU: “ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari  lagi yang lebih baik dari itu. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Mahupun mengharapkan sesuatu yang lebih pada masa hadapan. Kita patut menghargai orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Dan yang PALING PENTING.. ingatlah bahawa orang yang PALING menyanyangi kita itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..

Sabtu, 7 Ogos 2010

Bentuk Muka Bumi Pinggir Pantai

Bentuk muka bumi hasil hakisan ombak di pinggir pantai
Tanjung dan teluk
Tebing tinggi dan pelantar hakisan ombak
Gua laut
Geo & Gloup
Lohong ombak
Gerbang laut,Batu tunggul & Tunggul sisa

Bentuk muka bumi hasil pemendapan ombak
Pantai berpasir
Beting pasir
a) Beting luar pesisir
b) Beting muara
c) Beting teluk
d) Beting bucu
e) Tombolo
f) Anak tanjung
i) Anak tanjung taj
iii) Anak tanjung Kompleks
iii) Anak tanjung bertentangan
Kukup/Paya masin


Faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap profil pantai.
Faktor fizikal
a) Hakisan ombak, angin dan arus
b) Pemendapan bahan terhakis
c) Jenis bahan pantai seperti kerikil atau liat.
Lazimnya pantai yang mempunyai bahan kerikil lebih curam berbanding pantai yang mempunyai bahan liat yang lebih landai.
Faktor manusia
a) manusia membina struktur bangunan, pelabuhan dan petempatan


Langkah2 mengurangkan hakisan.
1. Membina tembok penahan ombak.
2. Meletakkan sangkar batu di kawasan pantai terhakis.
3. Melaksanakan proses penyuburan pasir pantai.
4. Mengurangkan pembangunan yang terlalu hampir dengan gigi air.
5. Mengurangkan aktiviti memotong dan memusnahkan kayu bakau dan kawasan paya.

Zon litoral
a) Kawasan di antara belakang pantai sehingga ombak pecah.
b) Merupakan zon yang dinamik melibatkan interaksi angin, ombak, pasang surut , arus dan bahan enapan.